Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Sunday 3 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 1

Rania memandang sekeliling. Katil yang dihias dengan begitu indah sekali juga lama ditenung. Inai dijari pula ditatapnya. Dia merengus kasar. Umur sepertinya ini sepatutnya sedang sibuk menghabiskan masa berseronok bersama kawan-kawan namun dirinya terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki anak kenalan keluarganya. Mereka dipaksa menjalinkan ikatan suami isteri atas desakan keluarga hanya untuk melebarkan lagi empayar perniagaan keluarga masing-masing.

“Niaaaaaaa..Serious kau cantik hari ni beb. You looks soo gorgeous my dear” ujar Yana sambil melangkah masuk ke biliknya. Yana merupakan kawan yang paling rapat di kolejnya. Segala rahsia akan dikongsikanbersama-sama.

Rania mencebikkan mukanya. Ini bukan yang dia mahu. Dia masih muda dan tak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga sewaktu dia sedang sibuk mengejar segulung ijazah. Dia seorang wanita yang ingin menngejar cita-citanya dahulu baru dia mahu memikirkan tentang cinta. Teman lelaki pun tak pernah ada macamana nak jadi isteri orang, gumamnya sendiri.

"Aku ni degree pon tak habis lagi taw..ni dah kena jadi isteri orang pulak. menyampah betul la" balas Rania sambil menjelirkan lidahnya. wajahnya yang iras seperti nora danish itu kelihatan semakin menawan apabila dia membuat mimik muka sebegitu.

Yana tersenyum. dia sudah masak dengan perangai kawannya itu. dia membelek-belek hantaran diatas katil itu.

"Agak-agak macamana lah agaknya kau layan husband kau tu kan? yelah Zarul yang syok gila kat kau kat kolej tu pon kau jual mahal nikan pula manusia yang kau kenal macamtu je" ujar Yana lagi sambil melangkah ke arah Rania. 

"Ntahlaaa wehh.. Aku pun tak tahu la. Aku terima ni semua sebab parent aku je. Kalau tak memang taklah aku nak kahwin" kata Rania. dia masih ingat lagi permintaan kedua orang tuanya itu. fikirannya menerawang kembali kepada situasi dua bulan yang lalu.

"Papa taknak bisnes papa dengan syarikat Tan Sri Halim tu sampai sini je. kalau Nia kahwin dengan anak dia mungkin bisnes kita dengan dia boleh berkembang dengan maju" ujar Datuk Yusof. dia sudah berbincang dengan Tan Sri Halim tentang rancangan mereka untuk menyatukan anak mereka.

"Mama pon setuju sangat sayang. Kalau dengan anak Tan Sri tu mama tau siapa menantu mama..tahu keturunan mereka..Nia pun kenal anak dia kan..jadi takde masalahlah." Datin Milah merapati anak gadisnya itu sambil mengenggam tangan Rania.

"Tapi papa..Nia still muda lagi..degree pun tak habis lagi taw" bantah Rania. itu semua cuma alasan untuk dia mengelak dari berkahwin dengan jejaka pilihan papanya itu. Dia cuma malas memikirkan cinta yang hanya menyakitkan hati.

"Its okey darling. You still boleh belajar..papa pasti Hafizi akan faham situasi Nia yang still belajar lagi" balas papa Rania. 
Rania segera memandang wajah ibunya untuk mendapat sokongan namun hampa. dia mendiamkan diri. padanya tiada guna lagi untuk membantah cakap Datuk Yusof. 

Tepukan di bahu mengejutkan Rania daripada lamunan. Dia sempat mengerling ke luar tingkap. kelihatan rombongan pihak pengantin lelaki sudah sampai untuk acara akad nikah.

"Heii Puan Rania. Bakal hubby awak dah sampai. jangan nak berangan lagi." Yana sekali lagi menepuk bahunya. tanpa diduga air matanya mengalir. Dia bingung memikirkan apa yang akan terjadi nanti apabila dia sudah berstatus isteri orang. 

No comments:

Post a Comment