Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Tuesday 5 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 6


Di kejauhan kelihatan Yana melambai ke arah Rania dan Hafizi yang berjalan beriringan memasuki kawasan Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Rania terus bergegas menuju ke bestfriendnya itu tanpa menghiraukan Hafizi di sebelah. Hafizi melihat gelagat isterinya itu. Masih dingin lagi dengannya walaupun mereka sudah bernikah seminggu yang lalu.

"Yana..ni suami aku, Hafizi" Rania memperkenalkan Hafizi kepada teman baiknya itu. Sewaktu majlis perkahwinan mereka, Yana hanya kenal wajah suaminya itu saja dan tak sempat berkenalan dengan lebih rapat.

Yana memberikan senyuman tanda hormat kepada Hafizi. Hafizi juga membalas senyuman itu dan yang paling dia suka bila Rania memperkenalkannya sebagai seorang suami. Entah kenapa dia rasakan dia sudah jatuh cinta kepada isterinya itu. Gelagatnya yang manja membuatkan hati Hafizi tertawan.

"Betul ke taknak abang hantar sayang balik ni?" soal Hafizi kepada isterinya. Harini dia memang sengaja take off untuk menghantar isterinya pulang namun Rania menolak dan mahu pulang sendiri.

"Takpe, saya dah biasa balik dengan Yana. Awak jangan risau" balas Rania. Segan juga bila bersayang-sayang depan rakannya itu. Dia mengerling ke arah Yana dan mendapati rakannya itu sedang tersengih-sengih. Gelakkan aku lah tu. Rania mencebik.

"Bas dah sampai, jom ! " kata Yana apabila terlihat no plat bas yang sepadan dengan dalam tiket. Dia bergegas mengangkat begnya dan terus melangkah ke arah bas itu. Sebelum naik ke atas bas, Yana sempat menoleh ke arah Rania dan suaminya. Cemburu jugak tengok laki Nia tu. Sweet gila. Cemburu bukan untuk merampas suami Rania tetapi cemburu melihat kasih sayang yang dicurahkan oleh Hafizi. Dia berdoa agar satu hari nanti dia juga akan dikurniakan suami yang penyayang. Aminn.

"Sayang jaga diri. Dah sampai beritahu abang ye" pesan Hafizi sambil mengiringi isterinya melangkah ke bas. Rasa sebak pula di hati apabila terpaksa berpisah dengan isterinya itu. 

"Okeyy. Kirim salam semua nanti. " pendek saja Rania menjawab. Malas nak berlebih-lebih. Eh bukan malas tapi malu sebenarnya. Rania menghadiahkan satu senyuman kepada suaminya itu sebelum melangkah naik ke bas.

No comments:

Post a Comment