Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Monday 4 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 4


Pagi itu, mereka bersarapan bersama sebagai satu keluarga besar dan cukup sempurna.  Nasi lemak menjadi santapan mereka satu keluarga. 

"Hafizi start kerja balik bila?" soal Datuk Yusof memulakan perbualan antara keluarga. Sambil menyuap nasi ke mulut dia sempat memandang wajah menantunya itu.

"Esok maybe dah start papa. Sebab banyak tender nak kene settle and ada beberapa meeting dalam minggu nii" jelas Hafizi panjang lebar. Memang dia tak merancang untuk ambil cuti kahwin lama kerana bermacam-macam kerja yang dia harus selesaikan.

Rania di sebelah hanya mendengar saja penjelasan suaminya itu. Sibuk jugak husband aku ni. Betul lah cakap mama dia ni memang komited dengan kerjanya. Rania tersengih sendirian.

"Lah yeke? Awalnya kalau macam tu tak sempatlah bawak anak mama ni pergi honeymoon dulu? Tengok tu Nia tersengih-sengih. Berangan lah tu" ujar Datin Milah sambil menjeling anak gadisnya itu. Dari tadi dia melihat Rania asyik mendengar menantunya itu berkata. Dah jatuh cinta lah tu.

Serentak itu Hafizi dan Rania saling berpandangan. Gulp ! What..Honeymoon?? Ohh noo. Memang tak lah kan. Rania membebel sendirian. Tak pernah ada pengalaman bercinta membuatkan dirinya gelabah bila memikirkan semua ini. Terasa panas mukanya menahan malu.

"Errr..pasal tuu saya tak fikir lagi mama. Tunggu kerja settle dulu kot" Hafizi juga seperti Rania. Dia juga masih belum merancang untuk berbulan madu bersama isterinya itu. 

"Fizi jangan lah lama-lama sangat. Kerja memang takkan habis. Mana tahu tahun ni mama boleh sambut dua orang cucu sekaligus" kata-kata Iskandar diakhiri oleh gelak tawa mereka satu keluarga kecuali Rania. Dia terfikirkan pelajarannya jika itu benar-benar terjadi. Jadi ibu di usia muda??

"Lea tak selera nak makan lah Is tapi Lea teringin nak makan pizza laa. Nanti Is temankan Lea ye?" rengek Azalea apabila gelak tawa mereka berakhir. Semenjak berbadan dua, selera makannya tak menentu. 

"Alamak Lea.. Is ada janji dengan kawan nak bincang sikit pasal projek. Tak payahlah..duduk rumah jela" 

"Hmmmm" Azalea memasamkan muka. Merajuk apabila keinginannya tak ditunaikan.

"Is..bawaklah Lea makan. Dia tengah mengidam tu. Orang mengandung memang macam ni" Datin Milah bersuara. Dia memahami apa yang Azalea rasakan sekarang. Maklumlah pembawakan budak.

"Hmm macamnilah, Rania temankan Kak Lea ye. Abang Is taknak dia pergi seorang. Kak Lea bukannya sihat sangat ni" Iskandar berkata sambila mengusap lembut tubuh isterinya. 

Azalea kembali tersenyum riang. Dia menghadiahkan satu senyuman yang manis kepada ISkandar. Rania pula menjeling Hafizi di sebelahnya. Mengharapkan suaminya itu mengizinkannya. Maklumlah sejak berstatus isteri dia agak patuh dengan arahan suaminya itu. Taknak jadi isteri derhaka lah katakan. Hafizi yang faham dengan pandangan Rania segera mengangguk perlahan tanda dia mmbenarkan Rania keluar bersama akak iparnya itu.

No comments:

Post a Comment