Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Thursday 7 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 11


Rania terkocoh-kocoh bangun apabila melihat jam didinding telah menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Dia perlu hantar assignment pukul 10 nanti. Dia segera mengejutkan Yana di bilik sebelah. Mereka tidur lewat malam tadi gara-gara menyiapkan assignment. Selesai membersihkan diri, Rania segera pergi ke almari dan mencapai sehelai t-shirt ringkas serta seluar jeans biru. 

Alamak, asal tak boleh button seluar jeans ni? Orang nak cepat sampai kolej ni. Berkali Rania cuba butang seluarnya namun tak berjaya. Eh aku ni dah gemuk ke? Rania melihat imejnya dicermin lama. Memerhatikan susuk tubuh badannya itu. Takde apa yang naik, semua nampak sama je.

"Beb dah siap belum?? Aku dah siap" Yana bersuara sebaik saja kepalanya dijengahkan ke bilik rakannya itu. Kelihatan Rania sedang menatap cermin lama. 

"Belum lah. Tiba-tiba seluar aku ni tak boleh nak button pulak" adu Rania. Lekas dia memikirkan apa yang patut dipakainya. Tiba-tiba dia teringat skirt pemberian suaminya itu. Segera dia mengeluarkan skirt itu dari almarinya. 

"Laaa kenapa pulak tu? Berat kau dah naik kot..Yelah bahagia di samping orang tersayang" sempat lagi Yana bergurau. Dia tergelak melihat Rania yang sedang kelam kabut itu. 

"Dah lah cepat siap. Pakai je skirt putih tu. Aku tunggu kat luar. Biar aku panaskan enjin kereta" Yana berkata sambil menjuihkan bibirnya ke arah skirt itu. Sebelum keluar dari bilik, dia sempat mencapai kunci kereta milik Rania.

Rania segera menyarung skirt putih itu. Selepas itu dia melihat imejnya di cermin. Perfect. Muat pula skirt ni. Malas fikirlah lagipun kalau lambat bising pula pensyarahnya. Beg kuliahnya segera dicapai dan terus berlari ke pintu. Selepas menunci pintu rumah segera dia berlari ke kereta. 




Selesai membersihkan dapur, Datin Milah melangkah ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang khusyuk membaca suratkhabar. Dia duduk berhadapan dengan suaminya. 

"Bang, saya rindulah dengan Nia. Lama dia tak balik rumah" Datin Milah berkata. Mahu saja dia mengajak suaminya itu datang menjenguk anaknya.

"Dia sibuklah tu, banyak tugasan kena buat. Nanti kalau dia free dia baliklah" ujar Datuk Yusof. Pandangannya masih dihalakna kepada artikel di dalam suratkhabar itu. Dia juga rindu pada anak gadisnya tapi malas hendak menganggu urusan anaknya.

"Yelah..bang dah dua bulan anak kita tu jadi isteri orang ye. Tak sangka saya kejap je masa berlalu" Datin Milah bersuara lagi. Terasa singkat waktu berjalan. Anak gadisnya itu sudah menjadi isteri orang dan tak lama lagi menantu prempuannya itu akan melahirkan cucu sulungnya.

"Awak tau takpe..kita ni pula dah makin tua" balas Datuk Yusof. Kedengaran bunyi kereta di laman rumah mereka.

"Siapa pula yang datang tu Milah?" soal Datuk Yusof sambil melihat ke arah pintu. Menunggu gerangan siapa yang datang.

"Assalamualikum papa mama" Hafizi memberi salam sambil tersenyum. Kemudian dia terus mengorak langkah dan bersalam dengan mertuanya.

"Fizi apa khabar?" soal Datin Milah sebaik saja menantunya itu melabuhkan punggung di sofa.

"Alhamdulillah mama. Papa dan mama pula?" jawab Hafizi pula.

"Kami sihat. Lama kamu tak datang sini?" Datuk Yusof bersuara. 

"Biasalah pa. Sibuk sikit. Tadi sebelum saya datang sini Nia ada call, dia beritahu dia nak balik hujung minggu ni. Jadi saya datang ni ingat nak ambil baju dia sikit. saya fikir nak bawak dia tinggal kat rumah kami" panjang lebar Hafizi menjelasnya. Sebagai seorang suami dia berhak untuk membawa isterinya itu tinggal bersama dengannya di rumah mereka sendiri. Biar berdikari menguruskan rumah tangga mereka.

"Yeke? Baguslah dia nak balik. Mamanya ni dah rindu sangat kat Nia. Papa takde halangan. Elok juga kalau kamu tinggal berdua. Lagipun pasal kami jangan risau sebab Iskandar dan Azalea ada jaga" balas Datuk Yusof. Sememangnya itu yang terbaik bagi anak dan menantunya itu.

"Nia nak balik? Bagus jugak tu Fizi. Tapi kena janji dengan mama selalu bawak dia jenguk papa dan mama ye" pesan Datin Milah. Sedih juga terpaksa berpisah dengan anak gadisnya itu. 

"Papa dan mama jangan risaulah. Rumah kami yang baru tu setengah jam je dari sini. Kalau ada masa nanti kami datang lah jenguk mama" Hafizi menghadiahkan senyuman. Dia faham apa yang mertuanya rasakan.




Harini Rania terkejar-kejar menyiapkan assigment yang semakin bertimbun. Nak tak nak dia terpaksa menyiapkan semua ni dengan cepat. Hujung minggu nanti dia mahu pulang ke rumah baru mereka. Tak sabar pula rasanya.

Seharian berada di kolej menyebabkan tubuhnya itu terasa penat. Malam itu dia merehatkan diri di sofa sambil menonton tv bersama Yana. Entah kenapa penat semacam tubuhnya itu sehinggakan dia malas hendak menjamah nasi goreng yang dimasak Yana.

"Nia, kau okey tak ni? Aku tengok lain macam je penat kau ni" Yana bersuara apabila memerhatikan keadaan Rania yang terbaring lesu kepenatan.

Rania mengangguk lemah.

"Aku okey lah. Penat sikit tadi sibuk uruskan assignment. Aku kena siapkan cepat sebab hujung minggu ni aku nak balik KL" balas Rania lemah namun dalam hatinya tak sabar hendak menunggu hari lusa untuk pulang ke rumah. 

"Betul kau okey ni? Tapi kenapa sampai tak makan? Kang masuk angin pula perut kau tu. Banyak lagi ke kerja yang tak siap? Balik KL sorang ke beb?" bebel Yana tak ubah seperti seorang emak yang risau tentang anaknya.

Rania tersenyum. Risau sungguh rakannya itu sedangkan takde apa yang berlaku kepada dirinya itu.

"Malas nak makan. Macam takde selera je. Esok sempat siap rasanya. Balik soranglah dah kau taknak teman" Rania menjawab dengan nada yang merajuk. Suaminya pasti risau jika dia memandu sorang dari Melaka.

"Bukan taknak baliklah tapi Daniel ajak pergi Kelantan cuti ni jumpa ibu dia. Sorry sangat dear" bukan sengaja dia tak mahu meneman rakannya itu balik tapi sudah berjanji lama dengan Daniel untuk bertemu dengan keluarganya. 

"Takpelah. Its okey. Jumpa bakal mertua lagi penting beb. Goodluck ! " balas Rania pula. Tergelak melihat gelagat rakannya itu. Betul-betul sahabat sejati. Selalu mengambil berat tentangnya.

No comments:

Post a Comment