Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Wednesday 6 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 9


Usai membersihkan diri, mereka solat subuh berjemaah. Selesai memberi salam yang kedua, doa dipanjatkan kepada Allah. Hafizi mendoakan agak kehidupan mereka sekeluarga diberkati dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga. Buat pertama kalinya Rania mencium tangan suaminya itu setelah seminggu mereka bernikah. Hafizi pula mencium dahi isetrinya itu dengan penuh kasih sayang. Rania tersipu malu apabila teringatkan apa yang berlaku malam tadi.

"Sayang..terima kasih sebab sudi terima abang sepenuhnya. Abang harap abang akan dapat tempat dalam hati sayang tu nanti" bicara Hafizi memulakan perbualan. 

"Saya harap keputusan hati saya tak salah. InsyaAllah satu hari nanti cinta tu akan datang dengan sendirinya." balas Rania. Dia tersenyum. Sambil itu dia melipat kain telekungnya lantas meletakkannya di dalam begnya.

"InsyaAllah. Boleh abang request something? Starting from now on please call me abang?" Hafizi memandang wajah isterinya itu. Dia sangat mengharapkan panggilan itu kerana dia inginkan satu hubungan yang mesra di antara mereka berdua. 

"Hah? Awa..Ehh Abang?" Rania tersenyum lagi. Kali ini dia cuba membiasakan dirinya memanggil suaminya itu dengan panggilan yang lebih mesra. Kini hatinya sepenuhnya telah ditawan lelaki tampan itu. Tiada ruang lagi untuk orang lain cuma dia masih tak mampu untuk meluahkannya. 

"Macam tulah sayang abang. Hurmm abang nak gerak ke KL awal harini..takut penat pula nanti esok nak kerja. Bila abang takde kat sini sayang jaga diri taw. Jangan nakal-nakal" pesan Hafizi sambil berseloroh. Rasa berat juga hati ni nak meninggalkan isterinya itu tetapi apakan daya keadaan tak mengizinkan.

"Haha. Jangan risau. Sayang setia dengan abang. Lagi satu dont worry about me, Yana ada jaga. Abang tu drive elok-elok. Jangan nak speeding je" pesan Rania tegas. Sepanjang perkenalan mereka, Hafizi memang suka memandu kereta dengan laju dan itu membimbangkan Rania.




Datin Milah mengajak besannya minum petang bersama. Sengaja mahu meluangkan masa bersama petang itu. Lagipun Iskandar dan isterinya keluar pergi ke kenduri kawan mereka di Seremban. Kuih karipap dan donat menjadi santapan mereka di petang itu. 

"Dah seminggu kita berbesan ye Milah." Puan Sri Linda berkata. Air teh o panas dihirup sekali lagi.

"Sekejap je masa berlalu. Tapi maaflah Nia sibuk dengan study lagi..tak dapat nak fokus pada Fizi sepenuhnya" balas Datin Milah panjang lebar. Kesian juga pada menantunya itu terpaksa turun ke Melaka untuk bertemu anak gadisnya itu.

"Takpelah..lagipun Nia tinggal enam bulan je lagi lepas tu dia boleh jadi fulltime housewife" seloroh Tan Sri Halim.

Serentak itu yang lain juga tergelak mendengar gurauan lelaki itu.

"Saya pun memang harap dia duduk rumah je. Pekerjaan tu lagi mulia ye tak?" Datuk Yusof menyokong. Padanya belajar tinggi mana pun tetap akan ke dapur juga perginya. Selain tu dapat juga Rania menjaga cucu-cucunya satu hari nanti. 






Hari-hari yang dilaluli mereka terasa sungguh bahagia. Setiap malam mereka akan bercakap di telefon atau skype selama berjam-jam. Maklumlah dunia dah semakin canggih sekarang ni. Kini mereka bahagia lebih dari pasangan yang bercinta. Rania juga semakin berani meluahkan perasaannya kepada suaminya itu. 

"Nasi tu untuk makan..bukan untuk dibuat main. hahaha" tegur Yana apabila melihat gelagat temannya itu. Rania yang diperhatikannya dari tadi hanya menguis nasi lemak itu tanpa menyuapnya. Apehal pula lah member aku ni
, taknak makan ke?

"Aku takde seleralah beb. Sejak dua tiga hari ni..mood nak makan tu macam hilanglah pulak" jawab Rania. Mungkin dah jemu dengan makanan dekat sini. Hendak memasak tak reti pula. Maklumlah anak orang kaya lah katakan.

"Laaaaa..kenapa pulak? Kau rindukan hubby kau eaaa???" soal Yana sambil mengeyitkan mata. sebelum ni tak pernah pula Rania tak berselera nak makan. Penangan orang mabuk bercinta lah ni.

"Mestilaa beb. Dah nak dekat dua bulan kitaorang tak jumpa taw. Yelah dia busy aku pon busy dengan projek akhir kita ni" Rania mengeluh. Memang tak dapat dinafikan yang dia rindu sangat dengan suaminya itu. Mereka hanya dapat bertemu di alam maya saje. Sejak kebelakangan ni Hafizi sibuk menguruskan tender projek terbaru dan menghalangnya untuk selalu turun ke Melaka.

"Takpelah. Makan lah dulu nanti kang sakit aku jugak yang susah hati taw. Nanti free kau baliklah KL tak pun ajak dia datang sini" pujuk Yana. Kesian juga melihat rakannya itu. Terpaksa berjauhan dengan suami untuk seketika. 

"Yelah. Hurm kau dengan mamat Kelantan tu bila lagi? Aku terasa macam nak makan nasi minyak pulak" senda Rania. Dia tahu Yana pun sedang hangat bercinta dengan Daniel, pemuda dari Kelantan yang mengambil jurusan kejuruteraan Awam.

"Eh makcik ni. Dia tanya pasal kita pulak. Tunggu habis belajarlah. Setahun lagi kot" balas Yana dan disambut deraian ketawa Rania. 

No comments:

Post a Comment