Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Monday 4 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 3


Hujung minggu itu, rumah itu dimeriahkan lagi dengan kepulangan abang Rania, Iskandar dan juga akak iparnya, Azalea dari Australia. Atas sebab kursus yang dianjurkan tempat kerjanya selama 3 bulan itu, Iskandar tak dapat nak meraikan majlis perkahwinan adiknya sendiri. 

"Little sister, How are you? Sorry abang baru je habis kursus tak dapat nak tengok adik kahwin haritu" Iskandar bersuara. Kesal juga kerana tak dapat meraikan hari paling penting adiknya itu.

"Nia tak kiraaaa. Nak hadiah dari abang Is" rengek Rania manja.

Rania dan Iskandar memang rapat sejak kerana mereka hanya dua beradik saja. Lima tahun perbezaan umur tak menjadi masalah untuk mereka menjadi rapat.

"Nia, ni wedding gift untuk Nia and Fizi ye" ujar Azalea pula sambil menghulurkan beg kertas berwarna pink. Hadiah itu mereka beli sebelum mereka berangkat pulang ke Malaysia. 

Rania segera mengambil dengan girangnya sambil menjeling suami di sebelah. 

"Thank you Kak Lea. Yesss dapat hadiah dari Australia" ujar Rania sambil mencium pipi akak iparnya. Sebagaimana dia rapat dengan Iskandar, serapat itulah dia dengan Kak Lea.

Hafizi hanya mendiamkan diri melihat gelagat isterinya. Manja betul. Comel. Sekali lagi Hafizi tersenyum sendirian. Ibu bapa Rania pula hanya tersenyum memerhatikan gelagat anak gadisnya itu.

"Uwekkkkkkk" Lea terus berlari anak ke dapur. Memuntahkan segala isi perutnya ke sinki. Diurut-urut tekaknya yang loya itu.

"Kenapa dengan isteri kamu tu Is?" soal papa Rania sebaik saja melihat keadaan menantunya.

"Biasalah tu pa. Lea pregnant, Is lupa nak beritahu semua. Baru masuk dua bulan" beritahu Iskandar sambil memandang wajah orang tuanya. Dia tersengih. Seronok jumpa adiknya sehinggakan terlupa nak beritahu berita gembira ini.

"Maksudnya Mama nak jadi nenek la ye..Alhamdulillah. Is pergi teman Lea kat dapur tu. Mabuk flight tadi agaknya." ujar Datin Milah sambil tersenyum girang. Lebih kurang tujuh bulan lagi dia akan mendapat seorang cucu. 

Iskandar mengangguk dan terus berlalu ke dapur. Rania pula masih terpinga-pinga. Orang mengandung memang teruk macam tu ke? Takutnya. Tak nak pregnant lah. 

Melihat keadaan Rania yang masih berdiam diri itu, tiba-tiba Hafizi mendapat satu idea nakal. Dia merapati tubuhnya ke tubuh isterinya. 

"Sayang nanti lagi tiga bulan lagi awak macam tulah. Sayang kan dah jadi seorang isteri kena lah bagi zuriat kat abang" bisik Hafizi perlahan. 

"Nooo taknak taknak" Rania separuh menjerit. Jeritannya itu mengejutkan papa dan mamanya.

"Hah apsal dengan Nia ni? Tiba-tiba je jerit" tegur mamanya. 

Mukanya tiba-tiba menjadi merah. Malu kepada semua orang. Hafizi hanya tergelak melihat keadaan isterinya yang gelabah itu.

No comments:

Post a Comment