Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Sunday 3 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 2


Malam itu setelah selesai majlis perkahwinan mereka, Tan Sri Halim melangkah ke anak terunanya yang sedang mengelamun di halaman rumah. 

"Fizi..sekarang ni kamu dah jadi suami orang..walaupun kamu tak cintakan isteri kamu tu..cuba jaga dia sebaik mungkin ye..jangan komited sangat dengan kerja sampai isteri pun lupa" panjang lebar nasihat seorang ayah kepada anaknya.

Hafizi tersenyum lebar. Dia tak akan mensia-siakan kehidupan barunya itu. Dia banyak mendengar nasihat orang yang bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan bahagia.

"Ayah jangan risau..walaupun saya dengan dia hanya kenal biasa-biasa je..saya akan cuba mencintai dia dan jaga rumah tangga kami sebaik mungkin" ujar Hafizi pula. Itu janji pada dirinya sebelum dia bernikah dengan Rania. Selama ini hidupnya hanya fokus pada kerja sehinggakan bakal isteri pun tak sempat nak cari. Dia tersengih apabila teringatkan kisahnya itu.

"Ingat janji kamu tu ye Fizi. Ayah taknak dengar cerita buruk di kemudian hari nanti" ujar Tan Sri Halim sambil mengingatkan janji anaknya itu. Hafizi hanya membalasnya dengan senyuman. Terserlah kehenseman lelaki itu.

Datin Milah dan Puan Sri Linda beriringan berjalan ke halaman rumah dan memerhatikan dua beranak yang sibuk berbual. 

"Tengoklah dua beranak tu Milah. Tak boleh nak berenggang langsung." Puan Sri Linda memulakan perbualan. Dia tersenyum sambil memerhatikan suami dan anaknya itu.

"Biasalah tu kak.. Lepas ni dah tak boleh nak bersama selalu. Anak teruna dah jadi laki orang la katakan" seloroh Datin Milah sambil tersenyum. Lega hatinya anak gadisnya itu sudah berkahwin. 

"Yelah tu Milah. Ehh Akak balik dulu lah ye" ujar Puan Sri Linda sambil melambai ke arah suaminya sebagai isyarat untuk pulang ke rumah. 


Setelah orang tuanya berlalu, Hafizi meminta diri untuk terus naik ke bilik isterinya. Dia sempat mencapai beberapa majalah milik abang Rania, Iskandar. 

Hafizi leka membaca majalah bisnes di atas katil milik Rania. Dia tidak menghiraukan Rania yang baru saja habis mandi. Artikel di majalah itu lebih menarik perhatiannya.

"Awakkkkkkkkk" suara Rania mula memecah keheningan malam itu. Dia yang hanya berkemban itu mula merasa malu. Tak pernah dia menunjukkan auratnya kepada mana-mana lelaki.

Hafizi lekas menoleh dan memandang ke arah Rania. Matanya memandang dari bawah ke atas. Terpesona dengan kejelitaan isterinya itu. Cantiknyaaaaaa, gumamnya dalam hati.

"Kenapa awak ada kat sini? Saya nak pakai baju laaa." Teriak Rania lagi. Dia juga terlupa bahawa si suami berhak memasuki biliknya itu. Rania masih lagi tak berganjak dari depan almari.

"Err..sori awak. Saya tak buat apa-apa pun. Awak pakai jela baju. Lagipon kita dah halal kan" Hafizi membalas. Dia tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Beberapa minit kemudian dia kembali menatap majalah itu. Malas nak melayan kerenah isterinya itu.

Rania merengus kasar. 

'Haihhhh menyusahkan orang laa mamat nii. Aku nak pakai baju dia boleh buat tak tau pulak kat situ' bebelnya dalam hati sambil mengambil baju tidur berwarna merah dalam almari.

Selesai mengenakan pakaian tidur, dia ke meja solek untuk menyikat rambut dan memakai losyen di muka dan tangannya. Dia membiarkan saja suaminya yang sedang khusyuk membaca majalah.

"Rania...."

"Nur Rania Yusof" sekali lagi Hafizi memanggil isterinya itu.

"Ye saya" pendek saja Rania membalasnya. Malas hendak melayan suaminya itu. Dia mengambil Iphone di atas meja lalu segera membuka Facebook dari henfonnya itu. Banyak kata tahniah yang diterima sempena majlis perkahwinannya itu.

Hafizi meninggalkan majalah itu di atas katil. Dia mula melangkah ke arah isterinya itu. Dia cuba memegang bahu isterinya namun ditepis Rania kerana terperanjat.

"Awak nak apa nii? Awak jangan nak macam-macam dengan saya" ujar Rania dan terus bangkit dari kerusi. Risau juga dia kerana dia masih belum bersedia untuk menjadi isteri sepenuhnya.

"Sayang..abang taknak buat apa pun. Abang just nak cakap abang faham kalau sayang tak ready lagi. Cuma abang nak kita berdua belajar mencintai antara satu sama lain." ujar Hafizi panjang lebar. Dia cuba membahasakan dirinya dengan panggilan yang lebih manja. Panggilan biasa yang digunakan oleh suami isteri.

Rania terdiam. Belum pernah lagi dia mendengar kata-kata ikhlas seperti ini. Dia hanya mampu mengangguk.

"Sayang..kenapa diam? Sayang tak suka ke? Take your time my dear" ujar Hafizi lagi apabila tidak mendapat respon dari isterinya itu. Mungkin masih tak dapat membiasakan diri lagi dengannya. Dia tersenyum sendirian. 

" Sayang tidur atas ye..Abang tidur kat bawah ni pun takpe" kata Hafizi lagi sambil melangkah ke arah katil dan segera mengambil bantal dan selimut untuk tidur di atas karpet bersebelahan dengan katil.

"Takpe ke awak? Sorry I'm not ready yet" balas Rania memandang ke wajah tampan suaminya itu. Entah kenapa tiap kali memandang wajah itu hatinya rasa berdebar tak menentu. 

Hafizi membalas dengan anggukan menandakan dia memahami apa yang Rania cuba sampaikan.

No comments:

Post a Comment