Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Tuesday 5 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 7


Hafizi resah. Semua kerja yang dia lakukan di pejabat itu dirasakan serba tak kena. Baru semalaman berpisah dengan Rania, hatinya sudah tidak tenteram. Mungkin rindu dengan gelagat isterinya itu. Ya dia sangat rindukan isterinya. Saat ini dia yakin dia dah jatuh cinta dengan isterinya. Cinta pandangan pertama mungkin. Beberapa minit kemudian, dia mengambil henfon yang terletak di atas meja. Segera dia mendail nombor telefon isterinya itu namun tak berjawab. Dia memandang ke arah jam yang menunjukkan tepat jam dua petang. Mungkin dia ada kelas waktu ni atau sengaja taknak menjawab panggilannya? Atau mungkin Rania sudah ada teman hati di sana?

Hafizi meraup wajahnya. Dia mencapai pula cawan kopi yang terletak didepannya yang dihantar pekerjanya sebentar tadi. Segar terasa bila menikmati secawan kopi panas. Direnung henfon samsung galaxy iii itu semula. Tiada panggilan dari Rania. Mungkin Rania sibuk di sana. Lantas dia menghantar mesej kepada Rania.

Assalamualaikum sayang. I miss you so much  

Mesej telah dihantar dan harapannya Rania akan segera membalas. Dia kembali fokus melakukan kerja yang sudah bertimbun itu. Lupakan sekejap hal hatinya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepat jam tiga, Rania dan Yana beriringan keluar dari bilik kuliah. Ada sepasang mata yang leka memandang mereka dan mengikuti mereka ke kafe.

"Hai girlss" Zarul bersuara. Kelihatan dua gadis itu terperanjat dengan kehadiran Zarul. Rania mencebikkan muka. Meluat dengan perangai Zarul yang gedik itu. Tanpa dijemput, Zarul melabuhkan pungggungya dan duduk di sebelah Rania.

"Masamnya muka you. Tak baik taw" 

Senyap seketika.

"Malam ni you keluar dengan I nak tak? I nak tengok wayang, you temankan jom?" rengek Zarul manja. Sengaja hendak mendapatkan perhatian dari Rania. Sejak dari hari pertama dia terlihat Rania di kolej itu, hatinya sudah terpaut dengan kejelitaan gadis itu namun tak pernah mendapat respon positif dari Rania.

"Hei gila ! Aku ni dah kahwin. Aku taknak dan takkan pernah nak keluar dengan kau. Jom Yana kita balik" tegas Rania bersuara. Dia tak mahu melayan lelaki itu. Dulu pernah tersebar yang Zarul merupakan playboy dan kerana itulah Rania malas hendak melayan lelaki gila itu.

Yana hanya menuruti perintah rakannya itu. Dalam hatinya juga dia mengeluh. kenapa Zarul masih lagi mahu mengacau Rania sedangkan dia tahu yang Rani sudah menjadi isteri orang.

"One fine day you akan datang melutut kat I Rania. I takkan biarkan you jadi milik orang lain !" Jerit Zarul tanpa menghiraukan sesiapa yang sedang melihat kelakuannya di kafe itu. Padanya dia akan memiliki Rania walau dengan apa cara sekali pun. Itu janjinya !

Sampai di rumah sewanya, Rania membersihkan diri seketika untuk menghilangkan penat seharian berada di kolej. Usai mandi dia mengeluarkan henfon miliknya itu dari dalam beg. 1 missed call, 1 message? Alamak suami aku call lah tadi. Segera dia membalas mesej itu. hendak call segan pula. Jauh di sudut hati dia juga merindui lelaki itu, entah kenapa itu pula yang dirasa.

Waalaikumsalam. Sori awak tadi saya kuliah. I miss you too 

Its okeyy abang faham. Betul ke sayang rindu abang ni?

Uishhh cepatnya dia balas. sekilas itu juga dia segera menaip untuk balas mesej itu. Berbunga-bunga hatinya seketika.

Maybe. Saya gurau je tadi. Hihihi

Yang sebenarnya Rania juga sangat rindukan suaminya itu. sangat penyayang dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Henfonya berbunyi lagi. Satu mesej masuk.

Sayang rindukan abang ye? Abang datang Melaka sabtu ni. Tunggu abang ye. 

Rania tersenyum meleret. Yesss terubat juga rindunya nanti. Tapi....segannya. Aku suka kat dia ke? Dup dap dup dap hati ni.

No comments:

Post a Comment