Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Monday 4 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 5

Petang itu seperti yang dirancang, Azalea dan Rania keluar menuju ke Pizza Hut yang berada di dalam KLCC. Sengaja mereka pergi kesana bolehlah mereka berdua berjalan mencuci mata bershopping.

Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, mereka berdua berborak panjang. Maklumlah lama tak berjumpa kerana akak iparnya itu terpaksa mengikut abangnya ke Australia selama tiga bulan.

"Nia cintakan suami Nia?" soal Azalea secara tiba-tiba.

Soalan Azalea mengejutkan Rania. Tidak sangka pula soalan itu yang akan diajukan kepadanya. Tak tahu apa yang patut dijawab. Memang tak cinta tapi hatinya berdebar setiap kali matanya dan mata Hafizi bertentangan.

"Baru kenal kak Lea. Takde lagi kot perasaan tu" jujur Rania berkata. Dia tahu Azalea memahami keadaannya.

"Takpelah Nia yang penting Nia kena cuba untuk mencintai dia. Dia kan suami Nia yang sah" Azalea menasihatkan adik iparnya. 

Rania mengangguk lemah. Berat sungguh apa yang dia perlu lakukan. Dia harus mencintai seorang yang baru saja dikenalinya.

Pizza yang dipesan pun sampai. Bercahaya wajah Azalea apabila yang diidamkannya itu tercapai. Baru saja sesuap pizza ditelan, tekaknya mula terasa mual dan loya. Gelagatnya itu diperhatikan Rania.

"Kak Lea okeyy?" Rania bersuara apabila melihat Azalea yang mula tak selesa.

"Haaa..akak okeyy. Nia dont worry. Biasalah kalau dah pregnant nii..mulalah morning sickness bagai." jelas Azalea panjang lebar. 

Rania merungut dalam hati. Susah jugak ye kalau jadi orang mengandung ni. Taknak mengandung boleh tak?

"Kenapa senyap je tu?"

"Takut nak pregnant?" Soalan Azalea bertalu-talu. Sangat tepat dengan apa yang bermain dalam fikiran Rania. Azalea tersenyum sambil memandang wajah adik iparnya itu.

"Memang masa ni nampak macam tak best. Tapi macam kawan-kawan akak cakap, bila kita nampak perut dah besar time tu memang best. Siap dapat rasa lagi baby tu menendang" ujar Azalea bersungguh-sungguh. Memang itu yang orang perkatakan. Dia hanya menyampaikan kerana dia pun masih belum merasakan nikmatnya itu.

"Wowwww. So amazing. Macam best." Rania tertarik mendengar penjelasan Azalea itu. 

"Nia balik Melaka bila?" Azalea bertanya. Tempat belajar Rania terletak di Melaka.

"Hari ni hari ahad..so Nia balik hari rabu kot. Nak kemas-kemas rumah sewa lagi. Nasib baik dah tinggal satu sem je" rungut Rania. Sememangnya benda yang dia paling malas nak buat bila kena kemas rumah sewa dia dan rakan-rakan lain. 

"Cepatnyaa. Akak baru je sampai KL Nia dah nak balik sana." Azalea bersuara. Takde lagi teman untuk pergi bershopping. 

"Alaa kak Lea ni. Hujung minggu kalau free Nia baliklah. " ujar Rania sambil tergelak. Sensitif pula akak iparnya itu. 

1 comment: