Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Wednesday, 6 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 8


Hari yang ditunggu-tunggu mereka berdua tiba juga. awal pagi lagi Hafizi sudah bertolak ke Melaka. Tak sabar rasanya untuk bersama isteri tersayangnya itu. Pejalanan yang sepatutnya memakan masa selama tiga jam terasa singkat akibat sikap terujanya itu. Selesai check in di Kings hotel di Ayer Keroh, Hafizi bergegas ke rumah sewa Rania. Nasib baik dia pernah sampai ke situ jadi takdelah sesat nanti. 

Sementara itu, Rania sedang sibuk memilih baju apa yang patut dipakainya. Buntu nak pilih baju apa. Dia mahu kelihatan cantik di hadapan suaminya itu. Gelagat pasangan ini semacam orang baru bercinta. 

"Beb, pakai dress labuh merah ni. Yang ni kalau kau pakai confirm ayu. Pastu sekali dengan cardigan hitam ni" ujar Yana sambil mencapai dress labuh itu. 

Rania berfikir sejenak. Bernas juga idea Yana tu. Lagipun Hafizi tak pernah tengok dia pakai baju ni. 

"Goood idea darling. Nasib baik perunding imej aku ni ada. Dahlah mamat tu bila-bila masa je boleh sampai" balas Rania sambil mengambil dress tersebut dan terus melangkah ke dalam bilik air.

"Kau bersiaplah ye. Aku nak tengok tv" Yana tersenyum sambil melangkah keluar. Kelakar juga melihat kelakuan rakannya itu. Nervous lah tu nak jumpa suami. Haha.

Rambutnya yang panjang itu dibiarkan lepas dan menyerlahkan lagi keayuan Rania.  Lipstik merah jambu dicalitkan dibibirnya itu. Bulu mata dilentikkan sedikit. Rania melihat imejnya di cermin meja solek itu. Comel jugak aku ni. Rania tergelak sendiri. Perasan betul puji diri sendiri. 

Abang dah sampai. Jom

Henfon berbunyi. selepas membaca mesej itu, Rania segera mencapai handbagnya lalu keluar melangkah ke kereta toyota Camry milik Hafizi. Sebelum itu sempat lagi dia melambai ke arah Yana yang khusyuk menonton tv. 

"Awak..jomlah. Tunggu apa lagi" Rania semakin tak selesa apabila Hafizi terpana melihatnya. Mata Hafizi langsung tak berkelip memandangnya.

"Awak..berangan ke?"

"Sorii sorii..isteri abang nampak cantik sangat harini." puji Hafizi selepas berkali-kali Rania bersuara. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan kereta itu terus meluncur laju menghala ke Bandar Hilir. 

Selesai menikmati asam pedas di sebuah kedai, Hafizi membawa isterinya ke sebuah kedai yang menjual kereta. Rania memandang pelik suaminya itu. Nak buat apa pula kat sini. Malas hendak bertanya Rania hanya menurut.

"Ni untuk sayang.. hadiah untuk perkahwinan kita minggu lepas" ujar Hafizi sambil menyerahkan kunci kereta Hyundai Sonata.

"Abang tahu papa mampu beri Nia kereta ni..tapi abang ikhlas nak hadiahkan kat sayang. Kalau boleh lepas ni balik KL tak payah naik bas lagi ye." sekali lagi Hafizi bersuara. 

Rania terharu. Suaminya itu betul-betul menghargainya walaupun mereka baru saja berkahwin. 

"Tapi...."

"No tapi-tapi lagi sayangku. Abang ikhlas. Sayang terima ye" belum sempat Rania menghabiskan ayatnya, Hafizi terus berkata. Kereta itu dia sudah tempah beberapa hari sebelum dia ke Melaka. Dia mahu memudahkan pergerakan isterinya. 

"Terima kasih awak." balas Rania sambil tersenyum. Kali ini dia yakin yang orang tuanya tak silap memilih pasangan untuknya.

"Sayang balik rumah dulu nanti abang follow dari belakang ye" ujar Hafizi.

"Awak nak balik KL dah ke?" tanya Rania. Sejujurnya dia masih belum puas bersama orang yang dia sayang itu.

"Sayang dah rindu kat abang ke? Sape kata abang nak balik. Malam nanti abang nak sayang datang hotel. Temankan suami sayang ni" gurau Hafizi manja. 

Rania sedikit terkejut. Teman? Alahai seganlah. Nanti apa aku nak buat kat hotel tu, gumam Rania sendirian.

"Sayang nape senyap je tu? Berangan ke?" soal Hafizi sekali lagi sambil tergelak. 

"Haaaa tade pape lah. Okeyy saya datang nanti. Kings Hotel kan?" soal Rania pula. Malas hendak melayan kerenah manja suaminya itu. Hafizi membalasnya dengan senyuman. 


Malam itu dengan hanya berpakaian jeans dan tshirt Rania datang menemani suaminya itu. Dalam perjalanan ke hotel tersebut, dia singgah gerai buah untuk membeli beberapa biji buah untuk dimakan. Sampai dihotel, Hafizi menyambunya di lobi dan mereka beriringan melangkah menuju ke bilik Hafizi. 

"Sayang buat apa tu?" 

"Saya potong buah epal ni. Awak nak tak? Jom makan" balas Rania. Dia cuba menyesuaikan keadaanya yang berdua-duaan dengan Hafizi ketika ini.

"Boleh jugak. Apa cerita best kat tv malam ni ek?" Hafizi berkata sambil mengambil remote tv. Segera dihidupkan tv agar mereka berdua tak kebosanan.

Ketika Rania sedang leka menonton cerekarama di tv3 itu, Hafizi sengaja merapatkan diri ke tubuh isterinya itu. Tangan Rania dicapai dan digenggamnya. Rania sedikit terperanjat namun tidak pula menolak perlakuan Hafizi ke atas dirinya.

"Abang cintakan sayang sepenuh hati abang" Hafizi bersuara dalam nada romantis. Dia mahu isterinya itu memahami apa yang dia rasakan sekarang. Mata Hafizi memandang tepat ke mata Rania. Dia juga mahu melihat reaksi Rania.

"Awak..kita masih baru lagi.." Rania berpaling. Hatinya gembira apabila mendengar pengakuan jujur Hafizi namun dia takut untuk menerima cinta lelaki itu. Dia takut cinta mereka tak berkekalan.

"Sayang..memang perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta..tapi cinta tu akan datang sendiri bila kita bahagia bersama" jelas Hafizi lagi untuk meyakinkan Rania. Dia membawa tubuh Rania ke dalam pelukannya. Kali ini Rania tak mampu untuk menolak dan entah kenapa dia merelakan apa yang Hafizi lakukan terhadap dirinya. Malam itu menjadi saksi kali pertama mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar.

No comments:

Post a Comment