Mencuba untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Harap-harap yang tengah baca tu sudi-sudilah komen ye. :)


p/s : Setiap komen awak2 yg comel ni amat bmakne utk sy :)

Thursday 7 February 2013

Cintaku Hanya Untukmu 10


Setelah hampir dua bulan tak berjumpa, Hafizi sengaja mengejutkan isterinya itu dengan kedatangannya di Melaka. Terlalu rindu dengan isterinya itu. Rania juga berasa gembira bukan main lagi apabila suaminya datang menjenguk. Mereka menghabiskan masa bersama dengan membeli belah di Mahkota Parade.

"Sayang..skirt labuh nii cantik sangat. Abang belikan untuk sayang ye"ujar Hafizi sambil menunjukkan skirt labuh berwarna puih kepada Rania. Dia membayangkan isterinya memakai skirt tersebut. Alangkah ayunya gadis itu. 

"Yeke? Sayang try dulu ye abang..pandai abang pilih. cantik" balas Rania sambil mencapai skirt tersebut dan melangkah masuk ke fitting room.

Setelah mencuba, Hafizi terus menuju ke kaunter pembayaran dan terus membayar skirt itu. Mereka berdua beriringan keluar dari kedai itu dan serentak itu Hafizi cuba mencapai tangan Rania dan mengenggam kemas jari jemari isterinya itu. Lekas Rania memandang wajah suaminya itu sambil tersenyum. Bahagia sungguh bila diperlakukan sebegitu.




"Bro, apa projek ini malam?" soal Zarul sambil melabuhkan punggungnya di kerusi meja Mcdonald. Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu berada di situ bersama tiga orang rakan kolejnya itu.

"Malam ni kita berseronok dekat club la. Apa barang duduk rumah je" Zack bersuara. Lelaki ini sudah terbiasa dengan kehidupan baratnya sehingga terlupa apa yang haram di sisi agama. 

"Good plan. Aku pun dah lama tak usha minah-minah club tu" balas Adam yang juga merupakan teman baik Zarul. Di mana ada Zarul dan di situlah ada dia.

Zarul gelak sakan melihat rakannya itu. Dia mengenangkan projek mereka malam ini. Terbaeklah. Balik rumah dalam keadaan mabuk di hujung minggu memang sudah menjadi rutin kepada Zarul. Anak Datuk Affendy ini memang sudah tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya.  

"Eh, tu bukan perempuan yang kau gila-gilakan kat kolej tu?" soal Zack kepada Zarul sambil menuding jari ke arah sepasang suami isteri yang baru sampai di situ.

"Itulah laki dia. Patutlah dia taknak kat kau. Laki dia lagi loaded and hensem dari kau. Memang melepas lah kau" Zul sengaja menyimbah hati Zarul yang sedang panas itu dengan minyak. Sengaja mahu melihat Zarul sakit hati.

Zarul mengetap bibirnya. Bengang bila rakannya sendiri merendah-rendahkan maruahnya. Dia juga berasa cemburu melihat kemesraan gadis kesukaannya itu bersama lelaki lain.

"Kau tengoklah nanti perempuan tu mesti jatuh kat tangan aku jugak satu hari nanti" ujar Zarul sambil mengepal penumbuknya.  Makin menjadi-jadi api kemarahannya itu. Patutlah kau langsung tak layan aku Rania, nanti kau perempuan !




Azalea menghirup jus oren sekali lagi. Petang isnin itu dia menghabiskan masa membaca novel "Kau Yang Satu" sambil menunggu kepulangan Iskandar dari kerja. Taman di laman rumah mertuanya itu sungguh tenang sekali dan nyaman terasa. Tak hairanlah jika hampir setiap petang dia suka menghabiskan masa di sini. Hendak membuat kerja-kerja rumah ditegah mertua dan suaminya. 

Perutnya yang kelihatan sedikit buncit diusap perlahan. Inilah saat yang paling bahagia bagi seorang isteri apabila dapat mengandungkan zuriat suami yang dicintai. Teringat kembali saat sewaktu dia baru mengetahui mereka akan menjadi ibu bapa tak lama lagi. 

"Is..Lea ada benda nak cakap ni" panggil Azalea. Kelihatan Iskandar sedang sibuk menyiapkan tugasan untuk kursusnya itu.

"Apa dia Lea? Rindu Malaysia ke? Sabarlah..kursus lagi seminggu habis" ujar Iskandar dari jauh. Hampir setiap hari mereka di sana Azalea akan mengatakan yang dia rindukan keluarga mereka di Malaysia. Skrip Azalea pun dah dihafal. Iskandar tersenyum sendiri.

"Alaaa malaslah nak beritahu Is. Sibuk sangat dengan kerja. Hmmmm !" Azalea merajuk. Dia memalingkan mukanya dan terus menghadap tv tanpa mempedulikan Iskandar.

Iskandar tersengih. Alahai merajuk pula buah hati aku ni. Lately sensitif betul. Iskandar bingkas bangun dan terus merapati Azalea. Dia membawa Azalea ke dalam pelukannya. Tak pula Azalea membantah. 

"Okeyy okeyy..Honey i'm sorry..So apa yang Lea nak cakapkan tu?" 

"Taknak ! Lea merajuk" manja suara Azalea kedengaran. 

Iskandar tersenyum lagi. Sekal lagi dia cuba memujuk.

"Alalalala merajuk pulak isteri Is ni. Okeyy my Azalea sayang, tell me what you wanna say?"

Azalea tersenyum kembali. Dia pun sudah tak sabar untuk memberitahu berita gembira itu.

"Sekarang ni kan..kita dah bertiga..bukan berdua lagi" sengaja Azalea berkias. Entah Is faham ke tak. 

"I dont understand..Honey you ada orang lain ke?" syak Iskandar pula. Apa lagi kalau dah bertiga tu kalau bukan isterinya itu dah ada orang lain.

"Yes memang Lea ada orang lain.. I'm pregnant Is. Orang lain yang Lea patut sayang anak kita lah." Azalea berterus terang. Tangan Iskandar dicapai dan dilekapkan di perutnya. 

"Serious? Is nak jadi papa? Yahooooooooooooooooo !" Iskandar bersorak. Tanpa sedar dia terus mengangkat isterinya dan menari gembira. 

Azalea hendak tergelak melihat gelagat suaminya itu. Berita itulah yang mereka berdua tunggu apabila sudah hampir enam bulan bernikah. 

"Sorry Lea..Is tahu tak baik buat macamni. Nanti sakit pula perut Lea. Thanks honey" Iskandar segera menurunkan Azalea di sofa itu apabila teringat yang isterinya itu sedang mengandung.

Tersentak lamunan Azalea bila seseorang menutup matanya dari belakang. Sungguh jauh lamunannya sehinggakan dia tak sedar ada orang datang ke arahnya.

"Haaaa Lea berangan ingat siapa tu??" Iskandar melabuhkan punggungnya sambil meletakkan briefcasenya di sebelahnya.

"Is ! Nakalnya. Terperanjat Lea tau. Baby pun terperanjat. Kesian dia" Azalea berkata sambil memukul lembut peha Iskandar.

"Alaaa anak papa. Papa sorry..Harini anak papa buat apa? Nakal tak? Jangan naughty taw kesian kat mama" Iskandar bersuara sambil meletakkan kepala di atas perut comel isterinya itu. Azalea tersenyum manis. Dia mengusap kepala suaminya itu. 

"Harini Lea ada muntah-muntah lagi tak?" soal Iskandar. Kesian juga melihat isterinya kebelakangan ini. Asyik muntah saja. Teruk juga alahnya itu.

"Dont worry lah Is, bila dah masuk empat bulan ni dah okeyy sikit. Takde muntah lagi" balas Azalea. Dia tak mahu suaminya itu risau akan dirinya itu.

No comments:

Post a Comment